Wednesday, 4 July 2012

Hilangkan Batuk .. :)

Assalamualaikum semua !! Open-mouthed smile Lama ta muncul, kini Anna kembali dengan entry bagaimana caranya hilangkan batuk.. Anda semua mesti pernah batuk kn? Jom baca !! Open-mouthed smile

Batuk adalah salah satu keluhan yang sering diungkapkan pesakit kepada doktor. Batuk sebenarnya adalah suatu cara yang penting bagi tubuh kita untuk membersihkan tenggorak dan saluran pernafasan kita. Tetapi batuk yang berlebihan dapat bererti bahawa kita mempunyai suatu gangguan atau penyakit.

Batuk sebenarnya adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Sebab-sebab batuk

  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

    Rawatan

    • Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
    • Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
    • Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
    • Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
    • Berhenti merokok
    • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu.
    • Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan sesuai untuk batuk yang kering.

    Bila anda perlu berjumpa doktor?

    • Batuk yang mengeluarkan darah
    • Baru pulang dari perjalanan luar negara
    • Batuk berterusan lebih daripada dua minggu.
    • Semput /sesak nafas, sakit dada
    • Demam yang berpanjangan
    • Mengandung
    • Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
    • Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
    • Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan

    Pencegahan

    • Amalkan tabiat kebersihan yang baik
    • Minum banyak air
    • Tangani tekanan dengan baik
    • Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
    • Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
    • Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
    • Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)

    Petua Tradisional Rawati Batuk

    Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.

    1. Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
    2.  
    3. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
    4.  
    5. Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
    6.  
    7. Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
    8.  
    9. Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
    10.  
    11. Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

     

Sekian sahaja untuk kali ini.. Smile