Assalamualaikum !! haa!! yang ini pula.. mengenai bagaimana untuk kita menguatkan daya ingatan kita.. maklumlah, kita adalah manusia bukannya robot yang mampu menyimpan semua data dalam otak kita ini, kan? Jom semua , kita tambahkan ilmu kita dengan Petua Menguatkan Daya Ingatan…
Penyakit Lupa Antara penyebabnya adalah: --
Makan kepala ikan- Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.-
Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sblm kenyang).-
Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.
Amalkan Tidur Yang Cukup.
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil 'dopamin'akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-ototyang kurang bermaya.
__________________________________________________________
Rahsia Menguatkan Daya Ingatan..
Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: --
- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya
Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia.Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas.
Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.
Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak.
Yang paling penting ialah ingat ALLAH SWT selalu.Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa
kepada-NYA.
Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.
Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut:
-1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
-2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.
InsyAllah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakin kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya...
Doa ini diajarkan oleh Rasulullah saw kepada Imam Ali bin Abi Thalib (sa) untuk menguatkan ingatan dan hafalan:
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَعْتَدِي عَلَى أهْلِ مَمْلَكَتِهِ سُبْحَانَ، مَنْ لاَ يَأخُذُ اَهْلَ اْلاَرْضِ بأَلْوَانِ الْعَذَابِ، سُبْحَانَ الرَّؤُوُفِ الرَّحِيمِ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِي فِي قَلْبِى نُوراً وَبَصَراً وَفَهْماً وَعِلْماً اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Subhâna Mallâ ya’tadî `alâ ahli mamlakatih. Subhâna Mallâ ya`khudzu ahlal ardhi bi-alwânil `adzâb. Subhânar Raûfir Rahîm. Allâhummaj`allî fî qalbî nûran wa basharan, wa fahman wa ‘ilmâ, innaka `alâ kulli syay-in qadîr.
MAKSUDNYA:-
Maha suci Dia Yang Tidak Menyiksa penghuni kerajaan-Nya. Maha Suci Dia Yang Tidak Mengadzab penduduk bumi dengan berbagai adzab. Maha suci Dia Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ya ALLAH, jadikan bagiku di dalam hatiku cahaya dan penglihatan, pemahaman dan pengetahuan, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.AAMIIN YA RABB..
sekian untuk kali ini..
No comments:
Post a Comment