Saturday, 17 March 2012

WaKtu TerBaIk MiNum AiR MasAK.. :)



Air merupakan sumber terpenting untuk diberikan kepada tubuh badan kerana dapat memberikan tenaga kepada kita dalam melakukan tugas-tugas setiap hari.
Pakar kesihatan juga menyarankan agar kita mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air masak setiap hari kerana dapat membantu dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan kita.

Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Air juga banyak membantu dalam proses penghadaman di mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.
Malah, Japanese Medical Society juga sudah melakukan kajian membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan gemar meminum air masak mampu memulihkan penyakit-penyakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Namun, tahukan di antara kita bahawa terdapatnya waktu-waktu tertentu yang terbaik untuk mengamalkan minum air masak?
Seeloknya, kita digalakkan untuk minum segelas air masak sebelum masuk tidur kerana ia dapat mengelakkan terkena serangan jantung dan serangan strok di mana air berfungsi sebagai pelancar dalam pengaliran darah kita sewaktu kita sedang tidur.

Selain itu, minum air masak sebelum mandi juga dapat melancarkan perjalan darah serta mengurangkan tekanan darah yang mendadak ketika tubuh badan kita menghadapi suhu keadaan sekeliling yang sentiasa berubah-ubah.
Mengamalkan minum air masak sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan organ-organ dalaman badan kita untuk kembali bekerja setelah berehat untuk tempoh yang agak lama. Apa yang lebih elok, mengambil air masak sebelum memberus gigi dapat memberikan pelancaran sistem penghadaman dan sistem pembuangan dalam perut kita.

Bagi mereka yang sentiasa menitik beratkan tentang kesihatan dan bentuk tubuh yang cantik, mengamalkan minum air masak 30 minit sebelum menjamah makanan adalah terbukti sangat berkesan untuk terus mengekalkan kesihatan perut dari membuncit. Selepas kita mengambil air 30 minit sebelum makan, ia dapat mengelakkan kita dari menjamah makanan terlalu banyak berikutan kandungan perut kita sudah hampir penuh dan membuatkan kita tidak terlalu mengikut nafsu untuk menjamah makanan yang terlalu banyak.
Bukan sahaja air itu sememangnya penting untuk tubuh kita, mengambilnya mengikut waktu saranan penasihat kesihatan juga terbukti berkesan untuk kita mengekalkan kesihatan bagi jangka masa panjang. Jadi, eloklah kiranya kita mengubah cara dan waktu minum air masak supaya dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit.



SeKian... ^_^

URAT KETING PUTUS. . .

Urat keting putus

  • Foto
    Suntikan ACP bantu percepat penyembuhan urat keting.
  • Foto
    Pembedahan membaiki urat keting.
Pembedahan dapat atasi masalah akibat lompatan mengejut, penuaan dan komplikasi penyakit lain

KAKI bukan hanya pelengkap tubuh tetapi turut menjadi asas pergerakan baik berlari, berjalan mahu pun ketika duduk. Malangnya, kita lebih menitikberatkan aspek fizikal kaki yang sekali gus menenggelamkan peri pentingnya peranan  kekuatan dalaman kaki iaitu tulang dan uratnya.


Jika sakit pun atau berasa lenguh, kita sering beranggapan memadailah masalah itu diatasi dengan sekadar menyapu minyak panas dan berurut. Adakah tepat persepsi sedemikian? Bagaimana jika masalah itu jauh lebih serius seperti urat keting itu putus Putus urat keting dianggap biasa dalam kalangan atlit. Bagaimanapun, urat atau tendon yang menjadi penghubung tulang tumit dan otot keting ini juga boleh terputus akibat faktor penuaan, komplikasi diabetes atau kencing manis serta masalah arthritis.


Hakikatnya, urat keting adalah tendon yang paling kuat dan tebal dalam sistem tubuh manusia. Ia berukuran 15 sentimeter panjang dan bermula dekat dengan bahagian tengah keting hingga ke bawah tumit. 

Tetapi, ia juga antara tendon paling kerap terkoyak atau putus berikutan fungsi utamanya menyelaraskan pergerakan sama ada berjalan atau berlari. Anda juga memerlukan bantuan urat keting apabila terpaksa menjengketkan kaki.


Justeru, jika berlaku gerakan mengejut misalnya melompat tiba-tiba, urat keting boleh terputus atau terkoyak. Urat keting yang terkoyak separuh masih berupaya menghubungkan otot keting tetapi jika terkoyak sepenuhnya, ia tidak lagi berfungsi menghubungkan antara otot keting dan tulang buku lali. 
Pakar Runding Ortopedik dan Trauma Sukan, Hospital Pakar Salam, Shah Alam, Dr Ariff Sukimin Mohammad Shukri, berkata, biarpun lebih banyak dialami atlit, tetapi masalah putus urat keting juga boleh menimpa sesiapa saja.



“Masalah radang urat keting yang berpanjangan juga boleh menyebabkannya putus. Masalah sedemikian kerap dialami mereka yang berusia,” katanya.


Urat keting juga boleh menjadi lemah dan menipis kerana faktor usia. Keadaan ini menyebabkan ia cenderung untuk mudah cedera atau putus. 

“Namun, putusnya urat keting tidak bermakna anda tidak boleh berjalan. Mereka yang putus urat keting masih boleh berjalan justeru kebanyakan orang yang mengalaminya tidak terlalu prihatin untuk mendapatkan rawatan. Melainkan jika seseorang itu terbabit dalam sukan secara profesional.

“Urat keting yang putus akan menghasilkan bunyi meletup (seperti ‘pop’) dan menyebabkan lebam. Apabila urat keting sudah lama putus, ia akan menyebabkan kesan lekuk pada keting. Urat keting yang putus, terutama di kalangan orang muda dan aktif dalam sukan akan disambung semula melalui pembedahan,” katanya.

Rawatan 

Apakah rawatan bagi mengatasi masalah ini? Jelas Dr Ariff, pembedahan adalah rawatan paling popular bagi menangani masalah putus urat keting. Bergantung pada tisu yang terkoyak atau putus, pembedahan ini mungkin akan memerlukan urat keting dijahit kembali ke tapak asalnya. 

Jenis pembedahan bergantung kepada saiz jurang urat yang putus. Jika minimum, hujung tendon itu boleh ditemukan semula. Secara umumnya, proses penyembuhan tisu akan berlaku selepas rawatan. Namun, proses itu tidak akan terjadi dalam tempoh yang singkat jika kawasan yang cedera tidak mendapat bekalan darah yang cukup. 

“Kaedah terbaru dalam rawatan putus urat keting adalah suntikan plasma daripada pesakit sendiri. Teknik dikenali sebagai Autologous Plasma Injection (ACP) untuk masalah radang kronik pada tendon seperti urat keting selain masalah radang pada urat di siku (tennis elbow),” katanya.

Seperti diketahui, darah kita mengandung ‘growth factor’ atau bahan yang menjana pertumbuhan sel lain bagi membantu pertumbuhan, keseimbangan dan ketahanan tulang, otot, tendon dan ligamen. Apabila ‘bahan itu disuntik ke dalam tendon yang bermasalah, ia membantu tisu untuk cepat pulih.

Justeru kata Dr Ariff, prosedur pembedahan yang dibantu dengan ACP selepas itu dapat menolong pesakit sembuh cepat.

“ACP diformulasi daripada darah pesakit sendiri. Darah sebanyak 10 mililiter diambil, disteril dan diasingkan antara sel putih, sel merah dan plasma. Hanya sel darah dikenali sebagai platelet yang mengandungi ‘growth factor’ paling penting diambil,” katanya. 


Ia kemudian disuntik kepada kawasan yang cedera. Dari segi prinsipnya, ia berupaya meningkatkan penghasilan sel stem yang membantu proses penyembuhan tisu. 


Info : Simptom urat keting putus..

  • Rasa sakit, pedih secara tiba-tiba di belakang buku lali.


  • Kedengaran bunyi ‘pop’ atau ‘meletup’


  • Tekanan dirasakan atau dilihat dengan jelas di kawasan tendon kira-kira dua inci di atas tulang tumit.


  • Bengkak, kejang diikuti dengan lebam dan lemah. 



  • sekian!!~

    KAWAL KOLESTROL TINGGI..

    KOLESTROL ialah bahan lembut seperti lilin yang terdapat dalam aliran darah dan sel badan kita. Ia penting untuk membantu badan berfungsi dan pembentukan membran sel dan hormon yang dibawa melalui lipoprotein. Lipoprotein Densiti Tinggi (HDL) adalah kolestrol baik yang mampu mengelakkan endapan kolestrol. Selain itu, Lipoprotein Densiti Rendah (LDL) merupakan kolestrol tidak baik yang boleh berkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak yang menyumbat arteri.

    Ini akan menyempitkan aliran darah dan oksigen yang membuatkan seseorang diserang sakit jantung atau strok. Justeru itu, amat penting bagi anda mengawas tahap kolestrol dan mengawalnya demi kesihatan jantung. Semua orang tahu bahawa kolestrol mempunyai kaitan dengan penyakit kronik seperti kardiovaskular atau strok. Kita selalu dinasihatkan agar tidak mengambil telur, santan, daging atau makanan berlemak lain apabila kita mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.

    Namun, apabila semua langkah itu tidak berjaya merendahkan paras kolestrol , tidak ramai yang mengetahui tindakan seterusnya. Salah satu caranya mengawal kolestrol dengan mengambil makanan serta minuman sihat yang mengandungi sterol tumbuhan.

    Apa itu sterol? Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah. Selain daripada makanan, sterol tumbuhan boleh diperoleh daripada suplemen. Antaranya, Blackmores Plant Sterols Plus memberi anda pilihan untuk menyeimbangkan LDL:HDL (kolestrol 'jahat': kolestrol 'baik') dalam tubuh menerusi sterol tumbuhan.  Suplemen ini memberikan sterol tumbuhan yang relevan. Kandungan sterol membantu mengurangi penyerapan kolestrol. Selain itu, Ketika proses pencernaan, sterol bersaing dengan kolestrol dalam proses penyerapan. Dengan itu, kolestrol lebih sedikit diserap dan lebih banyak dikeluarkan.

    Diet sihat

    Diet yang sihat serta seimbang akan membekalkan nutrien harian dan komponen makanan lain yang membolehkan anda memiliki minda serta tubuh yang sihat dan juga bertenaga untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian anda. Sebaiknya, makanlah pelbagai jenis makanan kerana tiada makanan khusus yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan. Makanan yang berbeza dalam kumpulan yang sama (seperti beras, roti dan bijirin sarapan) membekalkan nutrien yang berbeza dalam jumlah yang berbeza.

    Makanlah diet yang seimbang berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak serta kurangkan pengambilan lemak, gula dan garam. Untuk mendapatkan keseimbangan kolestrol sihat, kurangkan kuantiti kolestrol dan makanan berlemak daripada daging.

    Selain itu, tingkatkan pengambilan ikan (bukan ikan goreng) dan makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian.

    Gaya hidup sihat

    Menjadi aktif secara fizikal adalah sama pentingnya dengan makan secara sihat . Aktiviti fizikal akan memperbaiki kesihatan kardiovaskular, kekuatan dan kefleksibilan membakar kalori untuk menjadikan anda sentiasa sihat dan langsing serta membuatkan anda kelihatan, rasa dan berfikir dengan lebih baik.

    Senaman yang tidak mencukupi boleh menyebabkan berlebihan berat badan atau obes di mana akhirnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius. Sekurang-kurangnya bersenam selama 30 minit setiap hari dengan berjalan kaki. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes, maka anda perlu bersenam dengan lebih kerap (dan untuk jangka masa yang lebih lama) untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan.








    SeKiaN~ 

    Friday, 16 March 2012

    ‎5 Punca Mata Anda Cepat Letih

    AsSalamualaikum.. mata anda cepat letih?? 
    Jom baca!!~ :)

    Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca-punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih dan penat.
    Antaranya ialah:-

    1.Terlalu fokus
    Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.

    2.Masalah mata
    Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar. 


    3.Sistem pencahayaan yang tidak baik
    Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.


    4.Bekerja lebih masa
    Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.

    5.Jarang berkelip
    Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.


    SeKian~ :)

    Wednesday, 14 March 2012

    pokok ulam raja

    daun ulam raja memang sedap dibuat ulam.
    Kegunaan:

    Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah dari bahan toksid. Ia juga dikatakan dapat menguatkan tulang. Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli. 

    SeKian.. :)

    Buah Zaitun : Khasiat dan Keistimewaannya




    Pokok zaitun
    Buah & minyak zaitun
    “Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina”. (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini membuktikan yang buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri.
    Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti kurma, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada semua ummah.
    Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Ianya tumbuh hanya di kawasan Mediteranean dan sekitar 3 meter tingginya sahaja. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D. E. K dan zat besi.
    Kajian – kajian sains moden telah mengiktiraf khasiat buah zaitun sebagai mempunyai nilai yang tinggi yang berkhasiat dalam bidang perubatan.  Ia mempunyai berbagai kelebihan jika diambil sebagai makanan kerana ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Dan sebagai sebagai sapuan luaran, ia bertindak pengubat bagi penyakit kulit seperti ekzema dan psoriasis dan dapat melembutkan dan melembapkan kulit.
    Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, ” Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati”.
    Sementara itu, Bapa Kedoktoran Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang menatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyebabkan arteri jantung tersumbat, penyebab utama serangan sakit jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan sakit jantung adalah amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.
    Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa Minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun and mengeluarkan cacing.
    Produk – produk dari Minyak Zaitun :
    • Sabun Zaitun
    • Extra Virgin Olive Oil
    • Olive Oil
    • Olive Oil Spray

    Hebatnya Habbatus Sauda – Raja Segala Herba


    Habbatus Sauda' atau Nigella Sativa



    Habbatus Sauda atau juga dikenali sebagai jintan hitam (nigella sativa) adalah rempah-ratus yang digunakan sebagai ubat sejak ribuan tahun yang lalu. Rempah berbentuk butiran biji berwarna hitam ini telah digunakan secara meluas oleh masyarakat India, Pakistan dan Timur Tengah untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Ianya juga digunakan sebagai tanaman herba dan ubat semasa perkembangan awal Islam. Penulis memanggilnya “Raja Segala Herba” berdasarkan kepada keyakinan penulis kepada kerasulan Rasulullah s.a.w. dan hadis-hadis sahih mengenai Habbatus Sauda.
    Habbatus Sauda juga dikenali sebagai black seed, nigella sativa, jintan hitam, black cumins dan lain-lain. Ia digunakan sebagai herba perubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi dan tercatat dalam banyak penulisan lama seperti Ibnu Sina (980 – 1037 M), Al Biruni (973 – 1048 M), Al Antiki, Ibnu Qayyum dan Al Baghdadi.

    Habbatus Sauda'
    Habbatus Sauda asalnya tumbuh liar di Negara sekitar Mediterranean, kemudian di tanam secara meluas di Afrika Utara terutama di Mesir, di Eropah, di Syria dan Asia Tengah seperti di Iran dan India. Jika iklim sesuai, ianya sangat senang ditanam di laman rumah atau di tepi-tepi jalan. Walaupun pohonnya kecil, namun ianya mempunyai manfaat yang sangat besar kepada manusia.
    Ia tumbuh dengan ketinggian sekitar paras betis sahaj dan berdaun halus. Batangnya berwarna hijau, bulat dan berbulu. Walaubagaimanapun bukan semua jenis spesis boleh digunakan untuk perubatan.
    Salah satu daripada keistimewaan Habbatus Sauda adalah ia tumbuh di kawasan tanah yang kering dan kontang. Ianya memerlukan air yang sedikit sahaja untuk tumbuh. Namun, dari tanah yang kering inilah Allah SWT menumbuhkan Raja Segala Herba ini yang sangat besar khasiatnya kepada manusia. Ia tumbuh baik di tanah yang berpasir atau sederhana kerasnya dan mesti terdedah kepada matahari sepanjang masa.
    Pakar perubatan masa kini telah banyak yang mengakui kehebatan khasiat Habbatus Sauda. Dr. Stanley Kopok (USA) berkata: ”Habbatus Sauda mempunyai bahan  sangat penting untuk mencegah tumor dan dalam jangka waktu lama memperkuat sistem immunisasi badan”.
    Sementara Dr. Tajul Aris Yang (Malaysia) mengatakan bahwa Omega yang terkandung dalam Habbatus Sauda adalah lebih 10 kali ganda dari pada DHA dan EPA. Habbatus Sauda’ mengandung kandungan nutrisi dalam menjaga sistem immunisasi badan. Ujian klinikal telah membuktikan bahwa Habbatus Sauda’ dapat meningkatkan kesihatan.  
    Bahan aktif yang terdapat dalam Habbatus Sauda ialah thymoquinone. BERNAMA pernah melaporkan bahawa satu kajian telah dijalankan di UPM (Universiti Putra Malaysia) terhadap bahan “thymoquinone” yang diekstrak dari Habbatus Sauda yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, barah, penyakit Alzheimer dan melambatkan proses penuaan.
    Habbatus Sauda juga kaya dengan monosaccharide glukosa, xylosa, polysaccharide, fatty acid tidak tepu (unsaturated essential fatty acids – EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia, oleh itu sumber utamanya adalah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein, Karotene iaitu  sumber vitamin A, Kalsium dan zat besi.
    Habbatus Sauda juga digunakan secara tradisional untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk, asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolestrol, merawat batu karang dan sebagainya.
    Ibnu Sina (980 – 1037 M), tokoh ilmuwan dari Timur Tengah dalam bidang perubatan yang namanya tercatat dalam kebanyakan buku sejarah perubatan Timur mahupun Barat, telah membuat kajian mengenai pelbagai khasiat Habbatus Sauda untuk kesihatan dan perubatan. Ahli perubatan Yunani kuno, Dioscoredes, pada abad pertama Masihi juga telah menulis mengenai khasiat Habbatus Sauda untuk mengubati sakit kepala dan saluran pernafasan.
    Ibnu Sina dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan keletihan dan semangat. Ibnu Qayyim di dalam bukunyaMedicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batu, bronchitis, masalah perut, cacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. Ibnu Qayyim dilaporkan telah menyenaraikan 50 penyakit-penyakit yang boleh dirawat oleh Habbatus Sauda. Dr. Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya ketahanan badan (immune system).
     Dalam sebuah buku yang bertajuk “Rahsia Perubatan Habbatus Sauda” oleh Dr Hassan Syamsi Baasya, beliau menjelaskan khasiat-khasiat Habbatus Sauda berdasarkan kepada kajian-kajian yang dibuat. Antaranya adalah membantu mengeluarkan asid urik dari dalam badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout. Bahan “Nigellion” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran bernafas dan serangan Asma dan memberi manfaat dalam rawatan serangan ke atas pembuluh udara (bronchitis). “Nigellion” juga mengurangkan pengeluaran “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic), menyembuhkan selsema, merendahkan tekanan darah dan banyak lagi. Ia juga dipercayai dapat mencegah jangkitan selsema babi atau influenza A (H1N1). 
    Akhbar Al-Khaleej melaporkan, penjualan jintan hitam meningkat sebanyak 50% di beberapa Negara Asia dan Arab Saudi dan Mesir.
    Khasiat penawar dalam Habatus Sauda telah disebut dalam banyak hadis sahih. Berdasarkan maksud-maksud hadis-hadis sahih, para alim ulama telah memasukkan Habbatus Sauda ke dalam senarai Perubatan Kenabian.
    Hadis Bukhari meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa beliau pernah mendengar Nabi bersabda, “Sungguh dalam Habbatus Sauda’ itu terdapat penyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam, “Saya bertanya apakah itu Al-Sam? Baginda menjawab, “Mati” (Sahih Bukhari 5687)
    Daripada Abu Huraira r.a., Nabi Muhammad (SAW) bersabda: “Habbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali As-Saam.” Aisyah r.ha. pun bertanya:
    “Apakah As-Saam itu?” Jawab Baginda (SAW) “Mati.” (Riwayat Al-Muslim)
    Perubatan Kenabian mempunyai dalil-dalil samawi dan naqli. Ia bukannya berasaskan kajian sains, namun ianya telah dapat dibuktikan secara saintifik bahawa kaedah perubatan kenabian ini lebih efektif dan berkesan dari kaedah yang sedia ada dalam setiap zaman.
    SeKian~ ^_^

    Tuesday, 13 March 2012

    Migraine...

    Assalamualaikum... Entry kali ni.. Anna ingin berkongsi dengan korang berkenaan "Migraine"..
    Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagaivascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.

    Anda Penghidap Migrain ?

    Jika anda sering berasa pening kepala dan berdenyut- denyut di bahagian sebelah kepala sahaja secara berulang anda mungkin menghidap penyakit migrain.Malah bukan itu sahaja kadang kala penghidap migrain terutama bagi kes yang teruk ia juga akan mengalami muntah,cirit birit dan akan sensitif kepada bunyi dan cahaya kerana akan menyebabkan kepala sakit.

    Sebab-sebab terjadinya migrain
    -Perubahan bahan kimia dalam badan yang dipnggil serotonim.Apabila serotonim menurun saluran darah akan mengembang dan menyebabkan pembengkakan dan keadaan inilah akan menyebabkan sakit kepala.
    -Faktor keturunan
    -Pemakanan iaitu makanan yang mengandungi keju,coklat kekacang,alkohol,nitrate juga boleh mengakibatkan migrain
    -Diet yang akan menurunkan kandungan gula dalam darah juga mungkin menyebabkan migrain kerana gula yang rendah dalam darah menyebabkan saluran darah mengembang.
    -Tidak makan atau lambat makan mengikut jadual dan waktu juga penyebab migrain
    -Orang yang kerap mengambil minuman berkafein seperti kopi,teh dan minuman bergas
    -Hormon oestrogen wanita yang turun naik.
    -Sewaktu mengandung.
    -Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum,semasa dan selepas kedatangan haid
    -Pil perancang boleh mengakibatkan migrain kerana ada pil perancang yang mengandungi oestrogen
    -Menopaus.
    -Terlebih atau terkurang tidur berlaku akibat pertukaran dalam masa tidur dan jaga
    -Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh mendatangkan migrain seperti herba yang mengadungi ginkgo biloba.
    -Perubahan cuaca yang tidak menentu seperti panas,dan hujan juga jerebu
    -Jantina.Perempuan lebih kerap mengalami migrain berbanding lelaki


    Classic Migraine
    Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.
    Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam auraterjadi dan sakit kepala bermula.



    Common Migraine
    Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.
    Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:


    1) Pemakanan
    Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

    2) Hormone Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.

    3) Cara hidup
    Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

    Cara mengurangkan kesakitan migraine :
    Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.
    Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.