Friday, 9 March 2012

Buah Kiwi

Assalamualaikum semua~ :) Haa~ anda suka buah kiwi? SAYA SUKA!!..mari kita baca artikel mengenai buah 
kiwi



Stock Photo - kiwi fruit. fotosearch 
- search stock 
photos, pictures, 
wall murals, images, 
and photo clipart


Setiap hari dua hidangan buah kiwi, jadikan ia aturan baru dalam diet
harian anda untuk kesihatan menyeluruh. Buah kiwi mempunyai banyak
manfaat kesihatan. Ia kaya dengan nutrien yang membantu mencegah
penyakit, memberi tenaga selain merupakan pilihan diet harian yang
mudah.


Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah
vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100
gram buah kiwi), dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya
separuh kalori berbanding yang lain. Ia sesuai untuk mereka yang
mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis kerana mengandungi indeks
glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi kandungan fiber yang sama
tinggi dengan hidangan emping bijirin.

"Bagi sesetengah pengguna,
nilai nutrisi mempengaruhi mereka untuk membeli sesuatu. Fakta mengenai
kebaikan buah kiwi sudah lama diketahui dan tidak hairanlah ia kini
digemari oleh mereka yang mementingkan kesihatan menyeluruh," kata
Pengurus Pemasaran Zespri International, Daniel Mathieson.

Menurutnya,
buah kiwi sesuai dimakan mentah, dimasukkan dalam masakan dan boleh
juga dimakan bersama kulitnya. Secara purata, buah kiwi menyediakan
kandungan cadangan harian (RDV) vitamin C dan juga bahan lain seperti
folat, potasium dan zink yang mana sangat penting untuk mengekalkan
kesihatan menyeluruh.

Tambahnya lagi, ketakutan warga seluruh
dunia mengenai penyebaran wabak influenza H1N1 juga menyebabkan mereka
lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan.

"Kini kebanyakan
orang mula bertukar kepada makanan atau buah-buahan yang kaya dengan
bahan imunisasi seperti buah kiwi," kata Mathiesen.

Sementara
itu, Pakar Terapi Nutrisi, Dr Norzita Mohd Yusof berkata, buah kiwi
merupakan pilihan diet yang mudah dan amat sesuai bagi kanak-kanak serta
orang dewasa.


"Anda hanya memerlukan sebiji kiwi segar, potong
kepada dua bahagian dan gunakan sudu untuk mencedok isinya," katanya.

Menurutnya
lagi, buah kiwi amat sesuai dijadikan amalan diet harian sejak dari
usia kanak-kanak lagi memandangkan mereka kini sangat terdedah kepada
makanan berproses.

"Untuk kanak-kanak, sebiji buah kiwi sudah
memadai untuk membantu mereka melawan penyakit biasa seperti selesema,
demam dan sembelit. Bayi berusia satu tahun ke atas juga boleh diberi
buah kiwi yang dijadikan puri atau dilenyek halus," ujarnya.


Dengan
pengambilan buah kiwi setiap hari katanya, kita tidak perlu lagi
bergantung kepada suplemen tambahan berbentuk pil atau minuman kerana
buah kiwi mengandung
i semua jenis khasiat yang diperlukan oleh badan.


SeKian Dahulu~ ^_^

No comments:

Post a Comment